Monday, March 29, 2010

TAKBIR HINGGA SALAM

Salam dari Pak Ujang..


Disini marilah kita sama-sama berkongsi dengan pengertian bacaan dalam solat. Semoga dengan pengertian bacaan ini membuatkan solat kita akan lebih mantap IsyaAllah. Pak Ujang rasa ramai yang setuju dengan Pak Ujang bahawa ramai di antara kita tak tinggal solat dan ramai pula yang bersolat tetapi tak tahu makna bacaannya. Pak Ujang ingatkan diri Pak Ujang dan sahabat-sahabat agar dapat berkongsi apa jua perkara kebaikan dimasa akan datang.




1. Takbiratul-ihram
- Allah yang Maha Besar

2. Doa Iftitah
- Allah Yang Maha Besar lagi Maha Agong
- Segala pujian adalah bagi Allah
- Maha Suci Tuhan pada waktu pagi dan petang
- Ku hadapkan muka ku kepada Allah yang menjadikan segala langit dan bumi
- Dengan keadaan suci bersih lagi menyerah dan taat
- Dan tiada aku daripada orang yang mempersekutukan Allah
- Sesungguhnya, Solat ku , Ibadatku ,hidupku dan matiku
- Adalah semuanya untuk Allah, Tuahan sekelian alam
- Tiada sekutu bagiNya
- Demikianlah aku diperintahkan (Oleh Tuhan )
- Dan aku adalah daripada orang yang menyerah diri kepada Tuhan.

3. Surah Alfatihah
- Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi Amat Penyanyang
- Segala pujian itu tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian Alam.
- Yang Amat Pemurah lagi Amat Pengasihani
- Yang menguasai pada Hari Pembalasan ( Hari Kiamat )
- Engkaulah wahai Tuhan yang kami sembah.
- Dan kepada engkaulah kami memohon pertolongan
- Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus ( benar )
- Iaitu jalan orang-orang yang engkau telah anugerahkan rahmat.
- Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai (benci).
- Dan bukan pula orang-orang yang sesat.
- Ya Allah, perkenankanlah.

4. Rukuk
- Maha Suci Tuhanku Yang Amat Besar lagi Amat Terpuji

5. 'Iktidal
- Tuhan mendengar akan sesiapa yang memuji akan Dia

6. Sujud
- Maha Suci Tuhanku yang Amat Tinggi lagi Amat Terpuji

7. Duduk diantara dua sujud
- Ya Tuhan Ku, ampunkanlah dosaku,dan rahmatkan aku
- Dan lindungkan aku dan muliakan aku
- Dan kurniakan aku rezki(apa-apa yang Tuhanku kurniakan kepada wali-wali)tunjukan daku
- Dan selamatkan aku daripada percubaan dunia dan akhirat dan ampunkanlah kesalahan-
kesalahan ku.

8. Tahyat Awal
- Segala penghormatan,segala keberkatan,segala rahmat dan segala yang baik
adalah bagi Allah
- Sejahtera ke atas engkau wahai Nabi,dan rahmat Allah serta berkatNya
- Sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah Yang Saleh
- Aku mangaku bahawa tiada Tuhan malainkan Allah
- Dan aku mengaku Muhammad itu Utusan(Pesuruh Allah).
- Ya Allah, berilah RahmatMu ke atas Nabi Muhammad (SAW)

9. Tahyat Akhir
- Dan keatas keluarga Nabi Muhammad(SAW)
- Seperti Engkau telah berikan rahmat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim
- Dan berikanlah berkat keatas Nabi Muhammad(SAW) dan keluarga Nabi Muhammad
- Seperti Engkau telah berikan berkat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim
- Di dalam alam ini
-Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

10. Memberi salam
- Mudah-mudahan selamat sejahtera ke atas Kamu serta Rahmat Allah.


Semoga apa yang diusahakan dan dikongsikan bersama demi kebaikan IsyaAllah akan mendapat keberkatanNya.